Pages

Kami Dah Kawen!!~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 9, 2011

09/02/2011

hari ni hari ke 3 berada di alor star....macam dah jadi kampung sendiri plak..hehehe..tapi walau bagaimanapun kerja tetap perlu diteruskan kerana ia merupakan ibadah dan tanggungjawab...seronok juga berada di negeri orang ni..macam-macam yang boleh diperolehi dan di ambil iktibar...

yang paling best kalo pergi tempat orang ni ialah bab makan!!!! sebab makan kat sini semua sedap sedap belaka dan kena ngan selera...bak kata orang tua...bile lagi nak merasa kan..hehehe

bermacam-macam pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang 3 tahun lebih di dalam bidang kerja ini...begitu juga dengan ragam manusia...tak dapat nak elak semua tu..tapi kita sebagai manusia yang boleh berfikir secara waras...kena la ambil kebaikan...manakala yang keburukan itu pula dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran buat kita semua...

teringat semasa kenangan di langkawi bersama kawan2 sekerja...indah sungguh memori itu...diabadikan di dalam gambar ini...bersama sama di dalam gambar ini ialah kak zura, effa dan kak fida yang bekerja di dalam majikan yang sama....always luv u all....
semoga kenangan ini akan kekal abadi dalam memori masing-masing... :D

No comments:

Post a Comment